Assalamua'laikum wbt,
Semoga ini langkah awal untuk lebih mencintai dunia pembacaan dan penulisan. Mohon tunjuk ajar yang mahir.
Perkongsian awal.
Dalam kesejukan di Main Auditorium tadi, tersentap dengan satu analogi yang disampaikan oleh penceramah.
Pandangan penceramah teralih seketika ke arah begnya dan dengan langkah bertenaga seorang penyampai beliau terus mencari apa yang diperlukan olehnya pada beg tersebut. Namun usahanya hampa kerana barang yang diinginkan tidak ada di dalam beg berlogo UIA tersebut.
Lalu, beliau memanggil pembantunya untuk mengeluarkan tiga keping wang yang mana nilainya berbeza-beza iaitu RM1,RM10,RM20. Tanpa rasa ragu pembantunya terus memberikan 3 keping kertas yang bernilai tersebut.
Dengan nada bersahaja beliau bertanya : siapa nak duit ni??( sambil memegang kemas duit RM1 ) sila datang ke depan.
Pada ketika itu, peserta agak ragu-ragu untuk melangkah keluar melainkan seorang sister sahaja.
Pada kali kedua beliau bertanya lagi: siapa diantara kamu yang nak wang ini tanpa buat apa-apa?? (sambil mengangkat kertas yang bernilai RM10 )
Pada kali ini ramai yang berlari untuk dapatkan kertas yang bernilai tersebut. Tetapi apakan daya. Siapa yang cepat dialah yang dapat.
Aku yang melihat situasi ini masih tidak percaya dan ragui untuk ke depan walaupun hakikatnya semua orang inginkan kertas yang bernilai tersebut tambahan pula tanpa mengeluarkan sedikit pun pekerjaan. Lalu, aku menanam azam untuk keluar pada kali yang ketiga (walaupun jalan pun x betoi lagi).
Untuk kali yang ketiga dengan soalan yang sama hanya berbeza pada nilai kertas itu, aku terus keluar untuk dapatkannya. Yeah. I got it. (Dalam hati : lepas ni mesti kena bagi balik). Hahaha.
Tetapi sangkaan aku tersilap, penceramah tersebut terus bagi satu analogi sejurus aku mengambil kertas yang bernilai RM20 tersebut dengan mengatakan ramai manusia akan bekejar untuk dapatkan ganjaran, harta dan pangkat apatah lagi tidak perlu sebarang modal pun. Tetapi BERAPA RAMAI YANG BOLEH HADIR SOLAT JEMAAH 5 WAKTU DI MASJID SAAT MENDENGAR AZAN DAN IQAMAH WALAUPUN KITA TAHU GANJARANNYA SANGAT BESAR???.
#AKU
No comments:
Post a Comment